Penyerang negara Norshahrul Idlan Talaha dipilih menerima Anugerah Supermokh, iaitu anugerah pemain yang Paling Bernilai, pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011 yang diumumkan akhir November lalu.
Ini merupakan kali kedua berturut-turut Norshahrul Idlan dipilih sebagai pemain paling berharga. Norshahrul, 24, juga turut menerima anugerah Penyerang Terbaik.
Beliau menewaskan rakan sepasukan, Khairul Fahmi Che Mat dan pemain Selangor, Safiq Rahim yang turut tercalon untuk Anugerah tersebut.
Namun Begitu, Khairul Fahmi Che Mat telah menerima anugerah terpilih sebagai Penjaga Gol Terbaik, sementara Safiq Rahim sebagai Pemain Tengah Terbaik.
Syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada 'wira-wira' bola kita ini!
No comments:
Post a Comment