02 November 2011 : Harian Metro
Artis Baru, Veteran Bergabung
KUNJUNGAN rombongan 30 artis ke Johor Bahru, baru-baru ini sempena promosi Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) meninggalkan kenangan manis kepada semua peserta termasuk tuan rumah yang meraikan delegasi. Acara yang julung kali ini diadakan atas inisiatif Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) diketuai penasihatnya, Ahmad Ibrahim atau Mat London, mencapai matlamat dalam mendekatkan hubungan artis bersama peminat.
Mat London yang juga bertindak sebagai pengerusi promosi & publisiti, FFM24 menyimpulkan acara di destinasi ketiga selepas Ipoh dan Pulau Pinang cukup meriah dan menghiburkan. Menariknya, kunjungan artis veteran bersama artis baru ini disambut dengan paluan kompang bersama ramai peminat yang tidak melepaskan peluang bergambar dan mendapatkan autograf.
Acara singkat selama dua hari bermula 28 Oktober lalu berjaya atas kerjasama baik Kerajaan Negeri Johor bersama Hotel Selesa menaja penginapan anggota rombongan kali ini. Pada hari pertama, rombongan yang baru tiba di bandar Johor Bahru diiringi 15 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Johor Bikers Club ke Hotel Selesa.
Deruman motosikal kuasa tinggi turut menggamatkan suasana ketika mengiringi delegasi hadir pada acara sambutan dan perasmian Jelajah FFM24 yang diadakan pada sebelah malam di pekarangan tapak terbuka bersebelahan Plaza Angsana. Acara bermula jam 9 malam disertai ramai artis terdiri, Datuk Yusof Haslam, A Galak, Othman Hafsham, Normah Damanhuri, Delimawati, Maimon Mutalib, Sheera Iskandar, Yana Samsudin, Shaheizy Sam, Shoffi Jikan, Zambri, Liyana Jasmay, Nuremy Ramli dan Syed Ali.
Tidak ketinggalan, 5,000 peminat yang membanjiri tapak terbuka acara ini dihiburkan dengan persembahan nyanyian dua bintang Akademi Fantasia, Mila dan Haziq bersama Farawahida, Ana Raffali dan dua beranak, Rohana Jalil bersama anaknya, Kila Fairy. Mencipta kemeriahan, Yana yang tampil sebagai pengacara majlis turut menyampaikan cenderahati berupa baju-T kepada pengunjung bertuah yang menjawab soalan mudah mengenai FFM24.
Bagi Yana, dia sangat berbesar hati apabila diberi peluang terbabit sama dalam acara promosi FFM24 yang dianggap sebagai agenda penting dalam menyemarakkan majlis anugerah berprestij yang akan diadakan bermula 18 hingga 20 November ini. “Pengalaman ini suatu yang menyeronokkan bila ramai artis turun padang bertemu peminat di luar Lembah Klang dengan lebih dekat.
“Ini kali ketiga saya tampil sebagai pengacara dan saya sentiasa menyokong acara sebegini agar diteruskan pada masa akan datang,” katanya. Pengalaman menyeronokkan dikongsi pelakon veteran, Normah Damanhuri yang terharu atas sambutan warga Johor hadir ke lokasi acara untuk menyatakan sokongan. Normah yang pernah mengikuti ke destinasi promosi kedua di Ipoh turut meluangkan masa ke acara penutup kali ini.
“Berbanding lokasi di Ipoh, saya berasakan suasana di Johor lebih meriah dengan ramai pengunjung hadir. Apabila artis sendiri hadir pada acara promosi ini, kita dapat lihat sendiri bagaimana sambutan sebenar peminat yang menghargai sumbangan artis dan pada masa sama, menyokong filem tempatan,” katanya. Memberi tarikan, kunjungan artis kali ini bukan saja tertumpu di satu lokasi, tetapi pada hari kedua, rombongan berkesempatan bertemu peminat istimewa di Rumah Sinar Harapan. Sikap mesra penghuni wanita di sini nyata menghiburkan anggota delegasi hingga ada artis tersentuh dan menitiskan air mata.
Sheera pula berkata, dia sebak ketika mendekati golongan istimewa ini apatah lagi melihat telatah mereka berbual dan menghiburkan artis yang hadir sebagai tetamu. Menariknya, mereka juga tampil menyanyi dan membuat persembahan tarian di pentas. “Ketika mula melangkah masuk, perasaan saya sebenarnya sudah mula sedih. Bila nampak mereka gembira, ia memberikan perasaan terharu pada diri saya.
“Saya tidak sangka mereka kenal dengan artis itu sendiri hingga tahu apa drama yang dilakonkan. Walaupun ada antara mereka sudah berumur, tetapi pemikiran seperti kanak-kanak dan perlukan seseorang untuk bermanja dan bersembang. “Dalam acara seperti ini, mereka lebih perlukan kasih sayang dan perhatian orang lain berbanding sumbangan wang ringgit. Mungkin kehadiran artis dapat menghiburkan mereka,” katanya yang turut mengikuti rombongan ke Ipoh sebelum ini.
Jadual aktiviti hari kedua cukup padat apabila rombongan delegasi dibawa selepas itu melawat kawasan sekitar projek koridor pembangunan Johor dikenali Iskandar Malaysia. Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, rombongan juga singgah di Pagoh yang turut disambut meriah penduduk kampung dengan paluan kompang dan dijamu mi bandung dan mi rebus yang cukup lazat resipi orang Johor.

No comments:
Post a Comment