AbOuT Me~!

My photo
Metrowealth International Group, 03 7782 2299 No 20 Jalan PJS 5/28, PJCC Pusat Dagangan Petaling Jaya Selatan, 46150 Selangor Malaysia

Friday, December 9, 2011

Cinta Elysa Episod 12


Yasmin yang tak dapat sesen pun harta peninggalan arwah Jasman mengamuk dan meracau di rumahnya bagaikan orang gila. Rashid datang tenangkan dia dan pikirkan bagaimana cara nak dapatkan harta tersebut dari Elysa. Dia mencadangkan Yasmin kahwinkan Elysa dengan menantu upahan yang akan menyerahkan harta kepada dia. Elysa pula berjumpa dengan Yasmin dan menggembirakan Yasmin apabila dia kata dia akan beri harta itu kepada Yasmin.

Aril pula di di kampung pun dah gila bayang. Balik kerja terus menjenguk bilik Elysa dengan harapan Elysa dah balik. di tatap bunga yang dibeli, dipeluk baju Elysa dari almari. Dia ingatkan Elysa tinggalkan dia dan tak mahu balik lagi. Mak Jah tak henti-henti nasihatkan Aril untuk memujuk dan membawa balik Elysa. Dia tahu Elysa sangat sayangkan Aril dan mahu tinggal bersama Aril.

Rashid dan konco-konconya telah kerugian RM1Juta dalam serbuan polis. Rashid mengamuk dan mengesyaki ada dalang polis dikalangan konco-konconya. Yasmin juga hampir dicekik mati olehnya dalam satu pentengkaran.

Di waktu lain, Yasmin terserempak dengan kawan lamanya yang mempunyai seorang anak lelaki. Yasmin terfikirkan cadangan Rashid dan merasakan anak kawannya itu, Haikal adalah calon yang sesuai. Elysa membantah namun secara diam-diam Yasmin telah merancang untuk mengahwinkan mereka. Imran dan Khairul bercerita tentang Aril dan kepada Elysa. Mereka menyakinkan Elysa yang Aril dah berubah dan sudah mempunyai kerja yang halal. Elysa lega mendengar suaminya itu telah mencari kerja yang halal.

No comments:

Post a Comment