AbOuT Me~!

- SyafiqNicky
- Metrowealth International Group, 03 7782 2299 No 20 Jalan PJS 5/28, PJCC Pusat Dagangan Petaling Jaya Selatan, 46150 Selangor Malaysia
Wednesday, November 16, 2011
Cinta Elysa Episod 8
Aril yang dah terkantoi dengan Elysa yang dia buat kerja lama dia balik, ragut beg tangan wanita. Elysa marah dan tak suka Aril buat kerja lama dia tu dan suruh dia usaha cari kerja halal. Sani pula sudah menyimpang ke kegiatan jahat yang lebih dahsyat.
Aril dan ELysa berpindah ke rumah sewa Pak Talib yang diuruskan oleh Mak Jah, tak jauh dari rumah Mak Jah. Aril yang masih belum dapat kerja terpaksa pecah kereta pula. Elysa enggan makan makanan yang Aril belikan untuknya kerana tidak mahu makan dari duit haram.
Mak Jah pula dapat merasakan yang Aril dan Elysa sebenarnya belum berkahwin setelah disoal-soal Elysa semasa mengurut kakinya. Mak Jah kemudiannya menasihatkan agar mereka berkahwin bagi mengelak perkara tidak diingini.
Elysa akur dengan nasihat Mak Jah selepas Mak Jah katakan yang sebenarnya Elysa bukan sayang Aril sebagai abang, tetapi cinta kerana sanggup bersusah payah mengikut Aril. Elysa menyatakan hasratnya kepada Aril, Aril tidak mahu kerana tak sanggup tengok Elysa hidup susah dengannya. ELysa beri dua kata putus, berkahwin dengannya atau tinggalkan dia sebelum dia bangun tidur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment